Mesyuarat diadakan pada sebelah petang dengan kehadiran Pegawai Aset dari setiap PTj bagi membincangkan sistem pengurusan terbaik berkaitan aset-aset Universiti supaya dapat dikawal dengan baik dan teratur.
Pengurusan Aset yang terbaik akan membantu memberi keselesaan kepada staf dan pelajar di Universiti menjalankan aktiviti harian serta dapat melancarkan operasi harian Universiti yang merupakan tonggak utama pencapaian UniMAP sebagai Universiti terbaik di Malaysia.