
25 JANUARI 2022 | (SESI SEMBANG SANTAI) PERJUMPAAN BENDAHARI BERSAMA SEMUA STAF JABATAN
Satu sesi perjumpaan bagi membincangkan serta menetapkan hala tuju Jabatan Bendahari supaya dapat merealisasikan kecemerlangan dan menambahbaik sistem pengurusan kewangan Universiti.
Selain itu, perjumpaan santai ini adalah sebagai salah satu tradisi Jabatan Bendahari sebagai alternatif mengeratkan sillaturrahin sesama staf dalam kesibukan kerja seharian yang mungkin kekurangan masa untuk berkumpul beramai-ramai.
Semoga segala apa yang dilakukan mendapat berkat serta redha daripada Allah s.w.t. agar memudahkan urusan seharian agar dapat berjalan dengan lancar.