Sesi perbincangan dilaksanakan bagi menetapkan hak kuasa melulus bagi setiap projek Universiti berkaitan pengurusan kewangan.
Hak kuasa akan ditetapkan melalui tahap-tahap keperluan bagi setiap projek agar memudahkan serta melancarkan proses perlaksanaan operasi dijalankan tanpa ada penangguhan dalam tempoh masa yang lama kesan daripada kesuntukan waktu untuk meluluskan permohonan projek.