
09 MAC 2022 | PERBINCANGAN BERKAITAN PERTUKARAN DALAMAN STAF DI JABATAN BENDAHARI, UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
Jabatan Bendahari telah menstrukturkan semula carta organisasi jabatan selaras dengan hasrat universiti untuk memantapkan lagi tadbir urus kewangan Universiti Malaysia Perlis.
pertukaran dalaman staf akan dilaksakan bagi skim-skim seperti berikut :
a) Penolong Bendahari Kanan (W44)
b) Penolong Bendahari (W41)
c) Penolong Pendaftar (N41)
d) Penolong Akauntan Kanan (W32)
e) Penolong Akauntan (W29)
f) Pembantu Akauntan Kanan (W22)
g) Pembantu Akauntan (W19)
f) Pembantu Tadbir (Kewangan) (N19)
Pertukaran dalaman staf membabitkan semua bidang kerja dan perjawatan bagi menangani isu penyalahgunaan kuasa yang cenderung berlaku selepas terlalu lama berada sesuatu tugasan.