Seramai 90 orang wakil pegawai aset dari setiap Jabatan/Fakulti telah dijemput untuk meneyertai program taklimat secara atas talian ini.
Peserta program taklimat ini akan didedahkan dengan tatacara pengurusan aset yang berkaitan dengan tugas-tugas Pegawai Aset, Pegawai Penerima Aset dan Pegawai Pemeriksa Aset demi memastikan pengurusan aset Universiti dilaksanakan secara sistematik.