Proses sanitasi di pejabat Jabatan Bendahari telah dilakukan beberapa kali bagi memastikan jangkitan Covid-19 dapat dielakkan serta menjamin keselamatan staf serta orang luar bagi setiap urusan yang dilakukan.
Staf diingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan semasa di tempat kerja dengan menjaga keselamatan diri, memakai pelitup muka, tidak bersembang dekat, menjaga kebersihan tempat makan atau fasiliti gunasama dan memantau gejala, serta memaklumkan kepada majikan dengan kadar segera sekiranya bergejala.