
Sesi penyampaian penghargaan telah disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada sesi senaman pagi di Pusat Sukan UniMAP bagi memberi penghargaan kepada staf Jabatan Bendahari atas kejayaan di Karnival SUkan MTUN 2022.

Satu perjumpaan khas daripada wakil Bank bersama-sama staf di Jabatan Bendahari bagi membincangkan hala tuju serta perancangan khas berkenaan pengurusan kewangan universiti yang terbaik dari masa ke semasa.

Sebuah Karnival Sukan Bendahari MTUN 2022 telah diadakan di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) selasa 3 Hari 2 Malam dengan penyertaan daripada 4 buah Universiti di bawah rangkaian MTUN.
Sebanyak 4 sukan telah dipertandingkan di antaranya ialah Futsal, Bola Jaring, Karom dan Boling bagi merebut Piala Pusingan yang telah ditaja oleh Bendahari-Bendahari daripada setiap Universiti.

Satu Lawatan Khas daripada wakil KPT di Pusat-Pusat Pengajian UniMAP bagi memastikan sistem pengurusan dan pengajaran di Universiti malaysia Perlis sentiasa berda dalam skop dan prosedur yang telah ditetapkan oleh KPT.

Sesi pengujian Sistem Oracle di dalam sistem IUS Kewangan UniMAp telah diadakan di Jabatan Bendahari dengan kerjasama daripada pihak Syarikat luar serta dengan pemantauan daripada wakil staf ICT di Digital Management and Development Centre (DMDC) bagi memantikan sistem dapat berjalan dengan lancar.
Sistem Oracle terbaru ini ditambahbaik dengan pengujian ini supaya perjalanan sistem bagi menguruskan hal ehwal kewangan di UniMAP dapat berjalan dengan baik.

Satu sesi lawatan daripada bekas staf Jabatan Bendahari Encik Faizal sebagai kenang kenangan bersama antara staf di Jabatan Bendahari.
Semoga ukhwah kita sentiasa terpelihara hingga akhir hayat dan sentiasa dirahmati dunia akhirat.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Hafizah (Ketua Bahagian Kewangan Pelajar) Jabatan Bendahari bagi menyampaikan maklumat berkaitan hal ehwal kewangan kepada pelajar baharu UniMAP semasa minggu Orientasi Pelajar Baharu UniMAP yang diadakan di Dewan Kuliah.

Satu Kejohanan Boling Jabatan Bendahari UniMAP telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Jabatan Bendahari bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan antara staf di Jabatan Bendahari di samping dapat mencungkil bakat baru staf dalam sukan ini.

Malaysian Technical University Network (MTUN) merupakan hasil gabungan 4 buah Universiti Awam yang bidang utamanya adalah berkaitan mesin dan berkait juga dengan bidang Engineering.
Segala perbincangan yang telah dibahas dalam mesyuarat ini adalah tidak lain dan tidak bukan demi memastikan Universiti MTUN sentiasa beradadi tahap yang terbaik dalam kalangan Universiti Awam yang lain.

Majlis Ibadah Korban dan Akikah peringkat UniMAP ini diadakan pada Hari Raya Korban ke-2 yang melibatkan kerjasama daripada semua fakulti di UniMAP yang menghantar wakil staf masing-masing bagi menguruskan urusan pengagihan daging korban kepada pihak yang selayaknya.